Program Komuniti MADANI x NADI kolaborasi bersama Pejabat Penerangan Tanjung Manis

19 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Februari 2025, Program Komuniti MADANI x NADI kolaborasi bersama Pejabat Penerangan Tanjung Manis telah diadakan. Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan NADI dan peranannya kepada komuniti setempat. Taklimat Kenali NADI bersama komuniti MADANI telah diadakan sekaligus menerangkan 6 Program Perkhidmatan Pintar NADI secara terperinci iaitu;

i. NADI Keusahawanan
ii. NADI Kesejahteraan Kendiri
iii. NADI Pembelajaran Sepanjang Hayat
iv. NADI-Mahir
v. NADI-Esport
vi. NADI-Tinytechies

Program ini disertai seramai 20 orang peserta dari Daerah Tanjung Manis. Program berlangsung sekitar jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali